Baru-baru ni, pelajar lepasan matrikulasi/asasi/diploma/setaraf dah pun dapat panggilan dan kebanyakannya menjalani sesi temuduga untuk UPU.
Untuk tahun-tahun sebelum ambilan 2015/2016, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia masih lagi ada kuasa autonomi untuk pilih students sendiri. Hahhhhh, apa tu?
Maksudnya, pengambilan students untuk UM dan USM dipisahkan daripada UPU. So, peluang untuk batch sis dan sebelum sis masuk U adalah lebih tinggi daripada batch 2016/2017 ke atas.
Sebabnya, untuk UPU, hanya satu/dua program bertemuduga sahaja akan diberikan kepada pelajar yang layak dan setiap pelajar hanya akan dapat satu tawaran dari Universiti Awam (UA).
Time sis dulu, sis isi semua sekali *gelak* dan dapat tiga tawaran universiti:
1) UPU- UPM Dietetik (Pilihan pertama)
2) USM Dietetik (Pilihan pertama)
3) UM Ekologi & Biodiversiti (Pilihan kedua)
Hahhhh kenapa yang UM sesat dapat pilihan kedua? Sebabnya sis mohon untuk TESL tapi disebabkan temudga TESL UM & Dietetik UPM clash, sis pun pergilah ke temuduga UPM.
Okay, entry kali ni sis nak bercerita tentang pengalaman temuduga untuk Program Dietetik sebab sis pergi untuk temuduga UPM dan USM (Kononnya berpengalaman lebih lah tu)
Untuk adik-adik yang berminat dengan program ni, adik-adik kena tahu beberapa perkara yang sangat-sangat dan tersangatlah basic.

1) Beza pemakanan (nutrition) dan dietetik (dietetics)
'Eh bukan sama je ke?'
'Similar but not the same" *wink*
Beza paling utama ialah nutritionist selalunya akan berinteraksi dengan komuniti sihat untuk mempromosikan pengamalan gaya hidup sihat. Maksudnya, macam kita-kita ni lah, Sihat walafiat tapi pergi supper pukul 1-2 pagi, makan junk food sambil belajar (Ehem, mohon terasa)
Untuk dietitian pulak, selalunya akan lebih kepada kaunseling pemakanan (diet counselling), intervensi pemakanan (diet intervention) dan modifikasi diet (diet modification) untuk pesakit kronik, pesakit yang mempunyai masalah absorption & nutrition related diseases (Apa tah dalam Bahasa Melayu huehuehue), ibu-ibu mengandung dan golongan yang memerlukan diet-diet atau kaedah diet khas. Pendek kata, golongan yang sakit lah.
Nak contoh? Pesakit yang memerlukan tube feeding, pesakit diabetes dan pesakit buah pinggang yang tak boleh makan certain makanan (pengawalan diet tinggi gula (diabetes) dan diet tinggi protein (pesakit buah pinggang). Hahhh, dah ada hint ke?
Hampir sama, tapi tak serupa kan?
Ni contoh tube feeding (Kesian lah tengok, serious)
2) Penggunaan piramid makanan dan pinggan suku-suku separuh
Food pyramid rasanya semua tahu kan? Tapi apa tu pinggan suku-suku separuh?
Basically, pinggan suku-suku separuh diperkenalkan untuk memastikan pengambilan makanan yang seimbang.
Suku- Karbohidrat (Nasi)
Suku- Protein (Ayam/Ikan/Daging)
Separuh- Sayur & Buah-buahan
Sebab food pyramid cuma bagitau level makanan yang mana perlu ambil banyak dan mana yang perlu kurangkan tanpa menekankan pengambilan nutrien yang seimbang dalam setiap sajian makanan.
3) Body Mass Index (BMI)
Yang ni soalan lazim rasanya sebab kedua-dua temuduga UPM dan USM tanya pasal BMI.
Apa yang kena tahu? Formula dan range BMI untuk setiap klasifikasi berat badan.
Jangan confuse antara mass (jisim) dan weight (berat badan) pulak yeee.
Dan ingat tinggi tu dalam unit apa, berat dalam unit apa. Kanggg jawab dalam cm pulak hahhhh, kurang markah di situ.
4) Makanan Tradisional (Local food)
Selalunya soalan macam ni akan tanya local food kat tempat sendiri atau yang common macam Nasi Lemak.
Lepastu interviewer akan tanya, apa kelemahan makanan tradisional tu? Macam Nasi Lemak guna santan kan jadi kalori banyak.
Lepastu akan ditanya lagi, apa modifikasi makanan yang boleh dibuat untuk kurangkan impak makanan tu dalam kesihatan?
Mungkin gantikan penggunaan santan dengan susu rendah lemak?
Hah, modifikasi tu lebih kurang macam ni lah :D
Kalau yang dapat temuduga kat USM tu (Ingat tau USM Kampus Kesihatan dekat Kelantan) kena tau local food Kelantan? Hahhhh gapo dio tu?
Antara favourite local food kat Kelantan ialah budu dan nasi kerabu.
Jangan menggatai mention Maggie Ketam ke Maggie Sotong. Tu bukan local food ye -_-
Lepastu kena tau lah basic ingredients untuk setiap makan tradisional tu. Kalau tak, kan susah nak modify :D
5) Jenis-Jenis Lemak
One of my coursemates dapat soalan ni. So basically lemak ada dua jenis: Saturated fats and unsaturated fats.
Sebenarnya banyak lagi jenis lemak contohnya trans fat. Tapi memandangkan ini cuma temuduga sebelum memasuki Program Dietetik, jawab je lah yang basic. Kang jawab yang advance tapi tersalah facts kang susah.
6) Apa itu MSG?
Message?
Eh bukan. monosodium glutamate.
Commercially known as ajinomoto. Kena tau kegunaan dan keburukan penggunaan MSG.
Google lah pasal umami kalau nak advance sikit.
Keburukan? Hm, apa ye? My mom selalu cakap makan banyak maggie akan gugur rambut (Maggie ada MSG)
7) Isu Semasa Berkaitan Pemakanan
For this question, no, you don't need to buy newspapers daily to know about this.
Selalunya kat Facebook dan Twitter berlambak.
Few years back, isu obesiti ialah polemik yang hangat diperdebatkan (Gitew, mantops ayat). Kenapa? Sebab francais makanan segera macam KFC, McD, Starbucks, Sugarbun tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Belum mention lagi kafe-kafe hipsturrrr *dab*
Tapi tahun ni banyak pulak isu pasal pengambilan supplemen macam Vitamin C, Shaklee, kolagen dan pil kurus. Rasanya sebab semua dah ada kesedaran yang kesihatan (dan kecantikan) tu penting tapi macam biasa, semua nak shortcut.
Nak kurus tapi malas joging.
Nak cantik tapi makan makanan yang diproses dan berminyak.
'Eh, kenapa jadi isu? Bukan ke supplemen tu elok?'
Jawapannya ya dan tidak.
YA, untuk ibu-ibu mengandung yang memerlukan iron lebih. YA untuk individu yang mengalami masalah nutrient absorption atau baru lepas surgery.
TIDAK, untuk individu biasa yang sihat walafiat boleh makan dan berjalan tanpa bantuan orang lain.
Mengikut Recommended Nutrient Intake (RNI) 2017, seorang individu hanya memerlukan 75mg Vitamin C setiap hari.
Dah tu, kenapa nak consume pil Vitamin C 500mg dua kali sehari?
Walaupun vitamin dan minerals tu penting, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan toxicity tau!
Bayangkan kalau kipas 48 jam tak ditutup, boleh panas gear kipas tu.
Sama juga dengan buah pinggang kita. Kalau dah hari-hari dok proses vitamin berlebihan korang tu, tak ke naya Mr & Mrs Kidney nak kerja? While you are sleeping, your kidney is still breaking down your consumed vitamins & minerals.
Pastu bangun, telan lagi sebijik pil. Habistu buah pinggang nak rehat bila?
Konsepnya lebih kurang macam tu lah.
Nak bebel lebih, ace your interview and jadi Dietetics student baru kita sembang panjang sikit deh?
Rasanya macam panjang sangat dah sis bebel. Okay, to make things short, I shall list down all the common questions that usually will be asked during Dietetics Interview.
Tapi kalau tak keluar soalan ni, mohon jangan bash ye.
Ini bukan soalan spot. Sekadar perkongsian pengalaman :D
8) Apa beza butter & margarine?
9) Di mana awak lihat diri awak lima tahun dari sekarang?
10) Program Dietetik dimonopoli oleh golongan wanita.
Apa pandangan awak mengenai perkara ini?
Apa cara untuk mempromosikan program ini kepada golongan lelaki?
Apakah kesan jangka masa panjang kalau perkara ni berlarutan?
(Yang ni soalan temuduga UPM. Fuhhhhh, banyak gak ahh kelentong)
11) Kenapa nak jadi seorang dietitian? Pandai masak tak?
Imagine this:
Situation 1
Interviewer: Pandai masak tak?
Candidate: Pandai!
Interviewer: Masak apa?
Candidate: Masak makanan untuk anak-anak kita (Ok, don't do this. Interviewers selalunya dah kahwin)
Situation 2
Interviewer: Pandai masak tak?
Candidate: Pandai!
Interviewer: Masak apa?
Candidate: Masak maggie (Maka semua pun berhuhuhu)
12) Kalau terjumpa pasangan time dekat kampus nanti, macam mana nak balancekan study dengan masa untuk pasangan?
Soalan last ni taktau lah kenapa di tanya. Selalunya calon dari Borneo confirm akan dapat soalan ni hmm -_-
LAST TIPS <3
1) Betulkan niat nak datang temuduga. Kalau dah hati kuat cakap nak masuk program ni, selalunya takkan ada masalah untuk jawab soalan.
Keep calm and show your enthusiasm in becoming a dietetics student.
2) Always, always be confident.
Jangan gagap. Kalau ada soalan yang memang susah jawab, there are two things to do:
1) Lie with confidence
2) Start your sentence with, 'In my opinion'
Opinion setiap orang kan berbeza, mana boleh sama *gelak kuat*
Okay, rasanya sampai di sini sahaja coretan sis pada hari ini.
Coretan pada hari ini diilhamkan oleh seseorang yang akan menjalani temuduga dietetik di USM untuk ambilan 2017/2018.
She was so dedicated in finding me. She didn't only emailed me, she even message me personally on facbook :D
Hoping that all of you kind souls will be blessed and your interviews will be eased :D
XOXO,
Anaaa_
P/S: Pardon me for my BM's grammatical & vocabulary errors as well as my usage of colloquial language/slang. I don't really write in Bahasa Melayu but I know it's ll be easier to understand if I do so, so yea :D












mostly...iv in what language???
ReplyDeletemay i know what language are mostly used in the iv??
ReplyDeleteakak kenapa upu tahun ni takde dietetik program dia upm yer?? ðŸ˜
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete